|

|
Mitra Kembara Sdn Bhd, sebuah agensi pelancongan terkemuka
yang mempunyai rangkaian dalam dan luar negara yang luas, tenaga
mahir yang cekap dan berdedikasi serta sistem pemprosesan tersendiri
yang canggih untuk menguruskan segala bentuk keperluan perjalanan
ke serata dunia.
Pengkhususan kami :
- Perjalanan Kerajaan dan Swasta
- Pakej Umrah dan Pakej Pelancongan Muslim
- Pakej Haji Kaedah Tabung Haji Swasta
-
Perjalanan Kerajaan dan Swasta
Perancangan dan pengurusan segala bentuk keperluan perjalanan
rasmi atau teknikal rombongan kerajaan dan swasta meliputi tempahan
tiket penerbangan, feri, keretapi, tempahan pengangkutan, tempahan
hotel, tempahan restoran makanan islam, pengurusan visa dan khidmat
rundingcara perjalanan.
-
Pakej Umrah dan Pakej Pelancongan
Muslim
Pengurusan umrah Mitra Kembara menitik beratkan keselesaan dan
kelancaran perjalanan. Pakej pelancongan muslim pula menawarkan
pakej percutian yang menitik beratkan makan minum halal dan lawatan
yang melibatkan unsur unsur keislaman.
-
Pakej Haji Kaedah Tabung Haji Swasta
Sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang di lesenkan oleh
Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji, Mitra Kembara
menawarkan pakej pilihan yang menitik beratkan kesempurnaan ibadah,
keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah.
|
| |
|
|
|
| 1) |
Nama Syarikat |
|
MITRA KEMBARA SDN BHD |
| |
Alamat |
|
| Alamat |
: |
Peti Surat No : 27
Lot G-02, Ground Floor
Menara Park (Formerly KUB.com)
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia |
| Telefon |
: |
603 2164 6606 |
| Faks |
: |
603 2164 6607 |
| Email |
: |
informk@mitrakembara.com.my |
| Tarikh ditubuhkan |
: |
22 November 1976 |
| Lesen |
: |
Didaftarkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan (KKKP 1522) |
| No. Syarikat |
: |
29716 - K |
| Keahlian |
: |
IATA International Association of Travel Agent
MATTA Malaysia Association of Tours & Travel
Agencies ( Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia )
BUMITRA Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputra |
|
| |
|
|
|
| 2) |
Perkhidmatan |
a) |
Tiket Penerbangan
Mitra Kembara menawarkan perkhidmatan cekap melalui kemudahan sistem
berkomputer CRS (Sistem Penempahan Berkomputer) yang terkini bagi
pemprosesan semua urusan penempahan pengangkutan udara dalam dan
luar negara. |
| |
|
b) |
Tempahan Hotel
Tempahan hotel dalam dan luar negara dengan menggunakan sistem tempahan
hotel sedunia dan sistem pemprosesan `SWIFT` yang mempunyai pengkalan
data yang kaya bagi memperolehi maklumat setiap komponen perjalanan
darat dan udara. |
| |
|
c) |
Khidmat runding cara perjalanan, penjualan insuran perjalanan
dan permohonan visa.
Menyedari kelancaran sesuatu acara banyak bergantung kepada rangkaian
yang luas dan ketepatan maklumat, Mitra Kembara diperlengkapkan dengan
"server" sendiri dan sambungan internet untuk mempercepatkan
urusan penyelidikan dan pengumpulan maklumat berkaitan dengan perjalanan
pelanggan. |
| |
|
d) |
Sewa Bas
Menyediakan bas-bas Mitra yang terbaru dan selesa dengan rekod perkhidmatan
cemerlang. |
| |
|
e) |
Perjalanan Rasmi Kerajaan
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk pengurusan tempahan tiket
penerbangan, hotel dan pengangkutan di dalam dan luar negara yang
disusun khusus untuk keperluan perjalanan rasmi badan kerajaan
dan separa kerajaan. Dengan pelbagai kemudahan moden, kakitangan yang
mahir serta rangkaian syarikat bersekutu dan rakan niaga di pelbagai
negara, pengurusan adalah lebih teratur dan terancang serta berupaya
menepati kehendak para pelanggan. |
| |
|
f) |
Sambutan dan Bantuan di KLIA
Menyediakan khidmat sambutan dan bantuan di pintu `aerobridge`dan
seterusnya mengiringi tetamu sehingga ke balai ketibaan untuk diserahkan
kepada anda atau sehingga menaiki kenderaan ke destinasi seterusnya. |
| |
|
g) |
Pakej Umrah
Penyusunan dan penjualan pakej-pakej umrah dan ziarah yang berjadual
dan tidak berjadual dengan pelbagai hotel terpilih pada harga yang
berpatutan. |
| |
|
h) |
Pakej Haji Swasta
Mitra Kembara ialah agensi yang dilesenkan oleh Lembaga Urusan
Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji berdaftar yang menginginkan
perkhidmatan haji yang lebih baik dan tersusun. |
| |
|
|
|
| 4. |
Syarikat Bersekutu |
a) |
MITRA MALAYSIA SDN BHD |
| |
|
|
| Alamat |
: |
Peti Surat No : 27
Lot G-01, Ground Floor
Menara Park (Formerly KUB.com)
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia |
| Telefon |
: |
603 2161 1311
603 2163 2133 |
| Faks |
: |
603 2161 3630 |
| Lesen |
: |
KKKP No. 0129 |
MITRA MALAYSIA merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman
dalam penempahan dan penjualan tiket penerbangan, pelancongan
luar negara, perjalanan insentif, pengurusan mesyuarat
dan konvensyen.
Memegang sijil MS ISO 9002 dalam kualiti perkhidmatan dan wakil
Carlson Wagonlit Travel yang merupakan agensi terkemuka dengan 4,100
cawangan di lebih 125 negara di dunia. |
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
b) |
PACIFIC WORLD TRAVEL SDN BHD
| Alamat |
: |
Level 9 , Office Tower No.1, Jalan Nagasari (Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur |
| Telefon |
: |
603 - 2141 3899 |
| Faks |
: |
603 - 2148 1357 |
Pacific World Travel ialah wakil negara untuk beberapa syarikat
penerbangan dan beberapa perbadanan pelancongan negara luar :-
1 ) Asiana Airlines
2 ) American Airlines
3 ) Aloha Airlines
4 ) South African Airways
5 ) Canadian Airlines
6 ) National Inter-rent
7 ) Hawaii Visitors Bureau
8 ) Iberia Airlines
9 ) Jet Airways
10) Tahiti Tourist Office
11) Macau Government Tourist Office
12) Finnish Tourist Board |
| |
|
|
|
| |
|
c) |
AVIS RENT A CAR
Merupakan syarikat kereta sewa yang popular di Eropah, Afrika dan
Timur Tengah, AVIS menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri,
berpemandu dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. |
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
MITRA KEMBARA DAN PERKHIDMATAN
Dalam melangkah ke alaf baru, Mitra Kembara telah diperlengkapkan
dengan kemudahan teknologi terkini yang merangkumi sistem CRS terbaru
untuk penempahan tiket penerbangan, sistem tempahan hotel sedunia,
laman web sendiri dan sistem pemprosesan tersendiri `SWIFT` yang
membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat, memilih dan merancang
sendiri perjalanan dari laman web kami.
Semua ini ialah usaha kami dalam mempelbagaikan pilihan, mempertingkatkan
mutu perkhidmatan dan seterusnya menerajui industri pelancongan
Malaysia.
Menyedari teknologi tinggi tanpa tenaga kerja terlatih, dinamik
dan berpengalaman tiada ertinya, Mitra Kembara sentiasa menyemak
dan mempertingkatkan sistem pengurusan dan tahap latihan kakitangannya
agar dapat menggunakan kemahiran mereka pada tahap optima untuk
kepentingan pelanggan.
Segalanya terbaru tetapi kami kekal sebagai :
Rakan Perjalanan Anda
|
 |